22 Apr 2015

Apakah perbezaan di antara Hawa dan Nafsu?



Dalam jasad seorang manusia itu ada Ruh dan ada Nafsu. Kalau anda telah dapat mengerti, bahawa mata itu tempat penglihatan, telinga itu tempat pendengaran, hidung itu tempat penciuman, maka Ruh dan Hati itu adalah tempatnya sifat-sifat yang baik dan Nafsu itu adalah tempatnya sifat-sifat yang buruk. Maka kecenderungan nafsu kepada segala keinginannya itu, dialah yang disebut: Hawa.



Walaupun asal makna Nafsu itu iaitu "adanya sesuatu atau dirinya (ego)" dan makna Hawa itu adalah "kecintaan atau keasyikan", Namun persandaran kami dalam huraian ini, adalah apa yang tersebut dalam Arrisalatul Qusyariyyah, bagi Al Imamul Jami'u bainas syari'ati wal haqiqati, Abu Qasim Abdul Karim Ibnu Hawazin Al Qusyairi, pada halaman 45, seperti berikut:


Ertinya: Dan sebagaimana sah bahawa mata itu tempat melihat, dan telinga itu tempat mendengar dan hidung itu tempat mencium dan mulut itu tempat merasa, sedang yang mendengar,dan yang melihat, yang mencium dan yang merasa, hanya keseluruhannya yang disebut Insan atau manusia, maka seperti demikian adalah tempat sifat-sifat yang terpuji itu hati dan ruh. Dan  sifat yang tercela itu adalah nafsu. Dan nafsu itu adalah sebahagian dari sifat.  Hati juga adalah sebahagian dari sifat. Dan hukum dan nama  kembali kepada sifat manusia

Maksud hawa yang telah diriwayatkan oleh Assayyidul Juriani dalam Ta'rifatnya, pada halaman 299, seperti berikut:



Ertinya: Hawa adalah, keinginan nafsu kepada kenikmatan yang timbul dari keseronokan dunia, Segala keinginan, yang timbul adalah bukan dari ajakan Agama.

Maka pengertian dari jawaban kami ini, dapatlah kami katakan bahawa Nafsu itu adalah dzatnya, sedangkan Hawa.itu adalah sifatnya atau kecenderungannya, boleh juga rangsangannya atau dorongannya. Perhatikanlah firman Allah S.w.t yang menerangkan Nafsu dan Hawa,  pada Suratunnazi'at ayat 40 dan 41, sebagai berikut:

٤٠. وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى
٤١. فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

Ertinya: (40). "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,". (41). "maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).".

~ Wallahu Waliyyuttaufiq wal hidayah ~